Em, betapa gementarnya hati ini bila mendapat talifon bahawa restoran ini akan masuk tv rancangan Astro. Kelam kabut dibuatnya. Resepi special terpaksa aku buat dalam masa sejam ni... Nasi goreng gulung ... ya nasi goreng gulung jadi resepi utamaku selain satay. Alhamdulilah dapat ku buat dan ku bagi rasa pada setiap pekerja ku ... mereka kata sedap... so aku proceed.
Seperti yang dijanjikan Chef Adam dan kru tv Astro datang lepas maghrib.. aku pula kena masak secara life wooo hanya Allah aje yang tahu, tangan sejuk seram nak masuk tvlah katakan.. Aku kena makeup cantik2 (saja perasan) Aku pun mulalah memasak... Chef Adam rasa ... sedap katanya.. Itu masa dalam shooting.
Lepas semua dah selesai aku tanya balik Chef Adam dari hati ke hati sedap tak? Jawapannya begitu positif, sedap memang sedap, kru2 yang lain pun puji... Alhamdulilah menjadi juga resepi express aku... Sesiapa nak rasa datanglah ke Restoran aku di Rawang Mutiara minta aje "Nasi Goreng Gulung" harga hanya RM7.00 aje. Sila lah silalah,,,,,........