“Restoran Marlinda”
A. PENGENALAN ( Introduction )
Kami adalah sebuah restoran yang dimilik 100% bumiputra dan diterajui oleh PNorlyn dan suami yang merupakan anak jati Melaka yang telah mencari peluang berniaga di Kuala Lumpur dengan membuka sebuah restoran “Sate Kajang” di Rawang, Selangor. Kami menyediakan sate kajang sebagai menu utama disamping makanan masakan “Melayu”, “Thailand” dan “Western”. Selain dari punca pendapatan kami, matlamat kami adalah memberi kepuasan kepada pelanggan kami dari segi rasa, mutu, keenakan dan harga.
Restoran kami mula beroperasi pada 1 Mei 2007. Kami sentiasa mengutamakan perkara-perkara di atas. Malah tenaga kerja kami terdiri seramai 10 orang mampu untuk memenuhi kehendak pelangan kami.
B. LATAR BELAKANG ( Background )
Ilham dan minat untuk membuka perniagaan kerana kami penuh yakin dengan apa yang dicadangkan akan mendapat sambutan hangat yang sedia memberi pulangan yang baik di dalam masa yang akan datang. Sokongan dan kerjasama daripada rakan-rakan yang juga berminat untuk turut-serta mengukuhkan semangat kami untuk memulakan perniagaan ini. Dengan pengalaman menolong di restoran emak di Melaka yang dari kecil lagi telah menambahkan lagi minat kami dalam perniagaan masak-memasak ini. Sehingga sekarang pihak kami telah membuka sebuah kantin di sebuah kilang besi di Rawang dangan kapasiti pekerja seramai 300 orang.
C. MODAL PERMULAAN ( Working Capital )
Modal permulaan yang adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja dan sehingga hari ini telah 5 tahun, restoran ini beroperasi.
D. JENIS PERNIAGAAN ( Nature of Business )
Menu restoran kami (sila rujuk diruangan Menu). Pihak kami juga ada menyediakan khidmat memasak/catering untuk majlis-majlis.
E. PENGALAMAN
1. Menyediakan masakan bagi pelanggan-pelanggan di Restoran;
2. Menyediakan dan memasak makanan bagi majlis-majlis, rumah terbuka; dll
3. Mempunyai sebuah kantin di kilang besi di Rawang yang kapasiti pekerja seramai 300 orang;
4. Pengalaman memasak dan mempunyai tenaga pekerja yang mahir dalam bidang restoran.
5. Kami telah menyediakan majlis makan, harijadi, kesyukuran, katering dari 50 orang ke 500 orang pada satu-satu masa. Pelangan-pelangan kami terdiri dari badan berkanun, kerajaan, syarikat swasta, kilang-kilang, Klinik-klinik, sekolah-sekolah dan juga orang perseorangan.
“Jaminan Terbaik Daripada Kami”
Bagi memenuhi segala keinginan dan citarasa anda, kami meletakkan jaminan berikut:
Makanan yang disediakan adalah segar dan terpilih.
| |
Rasa dan mutu makanan adalah sedap.
| |
Kebersihan premis kami sentiasa dijaga.
| |
Penghantaran dan membakar “Sate Kajang” dipremis anda disediakan.
| |
Tempahan meja bagi sebarang majlis, makanan ala-carte atau makanan mengikut pelanggan ada disediakan.
| |
Ramai pelanggan kami memuji masakan kami kerana kami mengutamakan kepuasan.
|
Restoran kami peka dengan keperluan anda dan kami sedia memenuhinya.
Pelanggan-pelanggan kami telah berpuashati dengan kami dan selalunya adalah pelangan-pelangan yang berulang dengan harga yang berpatutan, mutu serta rasa keenakan masakan kami yang insyallah memuaskan telah menjadikan restoran kami masih beroperasi sehingga hari ini. Kerana daya saing yang tinggi ketika ini kami harus menitik berat dari segi mutu, kualiti, keenakan dan harga.
Alamat Restoran Induk Kami:
2B-1-5, Rawang Mutiara Business Centre
48300 Rawang
Selangor
Untuk pertanyaan dan temujanji hubungi :
Hp : 010 2787088 atau 017 8728689
Sekian terimakasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan